Sunday, November 25, 2012

Soalan Kertas 2 Seni Halus SPM 2012

Tahun ini soalan 2611/2  agak mencabar bagi murid-murid. Murid yang memang berbakat rasanya tidak ada masalah, tetapi yang kurang minat serta kurang berbakat  mungkin satu kerisauan dan kebimbangan kepada mereka. Walau apapun perjuangan perlu diteruskan. Lihat soalan tahun ini.. 

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengekrang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan, bentuk dan warna.
2. Anda sedang melalui sebuah jambatan gantung yang merentasi kawasan air terjun. Apabila anda melihat ke bawah, kelihatan pemandangan alam semula jadi yang begitu indah dan menarik.

Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif, ruang dan warna.
 3. Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pohon kayu yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan.

Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan warna.
4. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar yang berselerakan di depan pintu.

Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
 5. Anda telah mendapat seorang jiran baru. Anda dan beberapa orang sedang sibuk membantu menurunkan perabot dari lori.

Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan aksi manusia.
6. Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.


Setelah meneliti soalan  tersebut, cik gu rasa soalan 2  dan 4 agak mudah untuk dihasilkan  . Walaubagaimanapun kehendak soalan mestilah diikut. Jangan sampai terkeliru.

Di sini cik gu  sertakan beberapa contoh gambar  untuk dijadikan rujukan bagi soalan 2. Ubah suai supaya nampak pemandangan dari atas jambatan gantung.
Di sini juga cik gu  sertakan contoh yang cik gu  dapat dari group  face book cik gu. Ribuan terima kasih kepada guru-guru PSV yang sudi berkongsi idea untuk di jadi rujukan atau sumber idea kepada murid yang memerlukan rujukan. Cuma pesan  cik gu  pada murid-murid jangan tiru bulat-bulat. Cuba ubah suai atau gunalah idea sendiri supaya keaslian karya dapat dilihat.
Bahan rujukan atau sumber ilham.
  Di bawah ini contoh soalan 4.


 Selamat menjawab soalan PSV 2 . Semoga berjaya..