Tahun ini soalan 2611/2 agak mencabar bagi murid-murid. Murid yang memang berbakat rasanya tidak ada masalah, tetapi yang kurang minat serta kurang berbakat mungkin satu kerisauan dan kebimbangan kepada mereka. Walau apapun perjuangan perlu diteruskan. Lihat soalan tahun ini..
1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengekrang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut
yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan, bentuk dan warna.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan, bentuk dan warna.
3. Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pohon kayu
yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan warna.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan warna.
4. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar
yang berselerakan di depan pintu.
Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
5. Anda telah mendapat seorang jiran baru. Anda dan beberapa orang sedang sibuk membantu menurunkan perabot dari lori.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan aksi manusia.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan aksi manusia.
6. Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak
yang jatuh ke dalam gaung.
Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.
Setelah meneliti soalan tersebut, cik gu rasa soalan 2 dan 4 agak mudah untuk dihasilkan . Walaubagaimanapun kehendak soalan mestilah diikut. Jangan sampai terkeliru.

No comments:
Post a Comment