Monday, March 24, 2014

CONTOH FOLIO UKIRAN KAYU TABUNG DUIT .



NOTA TAMBAHAN . Calon digalakkan membuat lukisan  3D tiga sudut pandangan yang menarik untuk ditambah di perkara 6

Semoga murid-murid yang buat soalan ini mendapat gambaran yang jelas untuk menghasilkan folio dengan baik. Semoga berjaya. 

Sunday, March 2, 2014

KRSV 2014 -UKIRAN KAYU TABUNG DUIT.

Tahun ini murid-muridku memilih soalan no. 9 Tabung Duit berukiran motif flora. Mulalah tugasan ku mencari contoh gambar berkaitan untuk dijadikan contoh rujukan dan idea kepada anak didikku. Dengan adanya bahan rujukan memudahkan murid membuat dan menyenangkan aku juga. Takyah nak cakap banyak2...

Sunday, March 24, 2013

CONTOH FOLIO KRSV 2013 -BATIK

Assalamualaikum kepada anak -anak murid cik gu terutamanya dan juga pengunjung laman ini. Hari ini saya tunjukkan contoh isi kandungan folio batik mengikut tajuk. Di harapkan dengan adanya contoh ini dapatlah menjadikan panduan kepada kamu untuk menghasilkan dan seterusnya menyiapkan KRSV 2013 ini dengan cemerlang. Satu pesan saya, TOLONG JANGAN TIRU IDEA ATAU CONTOH YANG DI TUNJUKKAN , TP JADIKAN IA PANDUAN UNTUK KAMU MENDAPAT ILHAM DAN IDEA YANG KREATIF UNTUK MENGHASILKAN FOLIO YANG TERBAIK. INSYAALLAH....













Thursday, January 3, 2013

Tahun 2013

Assalamualaikum kepada semua pengunjung laman ini. Lama betul saya tidak update laman ini. Permulaan tahun 2013 baru saja bermula. Hari pertama sekolah dah rasa penat yang teramat sangat.  Biasalah permulaan minggu sekolah macam-macam perkara yang kena dibuat. Semuanya hendak pada minggu pertama persekolahan. Apapun alhamdulillah semua dapat dibereskan pada masa yang tetapkan. Kena siap sebab tanggungjawab dan menurut perintah. Begitulah keadaannya kerjaya seorang pendidik.
Tidak lama lagi akan bermula KRSV 2013. Maka akan bermulalah  kesibukan menghadapi kerenah murid dalam menghasilkan  kerja kursus seperti tahun-tahun sebelumnya. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan . Amin................

Sunday, November 25, 2012

Soalan Kertas 2 Seni Halus SPM 2012

Tahun ini soalan 2611/2  agak mencabar bagi murid-murid. Murid yang memang berbakat rasanya tidak ada masalah, tetapi yang kurang minat serta kurang berbakat  mungkin satu kerisauan dan kebimbangan kepada mereka. Walau apapun perjuangan perlu diteruskan. Lihat soalan tahun ini.. 

1. Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik. Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan berwarna-warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat daripada pelbagai cengekrang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan, bentuk dan warna.
2. Anda sedang melalui sebuah jambatan gantung yang merentasi kawasan air terjun. Apabila anda melihat ke bawah, kelihatan pemandangan alam semula jadi yang begitu indah dan menarik.

Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada perspektif, ruang dan warna.
 3. Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek di atas sebatang pohon kayu yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais daun-daun kering untuk mencari makanan.

Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk, jalinan dan warna.
4. Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak disusun di atas rak tersebut. Terdapat juga beberapa selipar yang berselerakan di depan pintu.

Lukiskan komposisi ini dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.
 5. Anda telah mendapat seorang jiran baru. Anda dan beberapa orang sedang sibuk membantu menurunkan perabot dari lori.

Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan aksi manusia.
6. Seekor monyet besar sedang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam gaung.

Gambarkan situasi tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.


Setelah meneliti soalan  tersebut, cik gu rasa soalan 2  dan 4 agak mudah untuk dihasilkan  . Walaubagaimanapun kehendak soalan mestilah diikut. Jangan sampai terkeliru.

Di sini cik gu  sertakan beberapa contoh gambar  untuk dijadikan rujukan bagi soalan 2. Ubah suai supaya nampak pemandangan dari atas jambatan gantung.
Di sini juga cik gu  sertakan contoh yang cik gu  dapat dari group  face book cik gu. Ribuan terima kasih kepada guru-guru PSV yang sudi berkongsi idea untuk di jadi rujukan atau sumber idea kepada murid yang memerlukan rujukan. Cuma pesan  cik gu  pada murid-murid jangan tiru bulat-bulat. Cuba ubah suai atau gunalah idea sendiri supaya keaslian karya dapat dilihat.
Bahan rujukan atau sumber ilham.
  Di bawah ini contoh soalan 4.


 Selamat menjawab soalan PSV 2 . Semoga berjaya..

Saturday, February 25, 2012

Tugasan KRSV 2012

Tahun ni tugasan KRSV yang dipilih untuk dihasilkan oleh murid-muridku ialah batik untuk beg membeli belah. Teknik yang digunakan ialah ikat dan celup.
Port folio kajian mengandungi:
1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah
2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.
4. Kajian teknik ikat dan celup.
5. kajian warna ikat dan celup.
6. Lakaran reka letak ikat dan celup yang bersesuaian dengan reka bentuk.
7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang berbeza.
8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
1.KOLEKSI PELBAGAI JENIS BEG MEMBELI BELAH



2. kOLEKSI PELBAGAI JENIS PRODUK IKAT CELUP

Wednesday, November 23, 2011

Bertanya khabar.

Assalamualaikum semua. Lama sungguh tak update laman ni. Belum ada kesempatan. Insyaallah cuti sekolah ni bolehlah update nota yang belum dimasukkan. Kepada pengunjung laman ni maaflah ya, kalau tiada catatan baru lagi........