Monday, December 13, 2010

Selesainya tanggungjawab 2010.

Hari ini selesailah perjuangan anak2 muridku dalam SPM.Ini juga bermakna selesainya tanggung-jawabku terhadap mereka.Apa yang ku harapkan ialah kejayaan mereka .Semoga mereka akan mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat gred A terutamanya mata pelajaran yang ku ajar. Kalau tak dapat gred A+, dapat A pun jadilah. Aku juga berharap murid2 tahun 2010 ini dapat mengekalkan peratus 100% seperti tahun2 sebelumnya.
Sebagai seorang guru aku sentiasa berdoa agar mereka mendapat kejayaan yang cemerlang.Amin......

Saturday, October 16, 2010

Hari-hari yang sibuk

Pepriksaan percubaan SPM 2010 baru aja selesai. Paper Seni Visual 2 baru semalam selesai. Tu yang sibuk nak menanda. Almaklumlah tarikh akhir masukkan markah pada hari Isnin ini 18hb.10.2010. Jadi hujung minggu ini sibuklah menanda. Harap2 murid2ku mendapat markah yang baik untuk kertas dua ini.

Thursday, August 19, 2010

Ukiran Kayu

Pengenalan.
1. Merupakan satu seni ukiran tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka.
2. Termasuk dalam seni Mukaddas yang bermaksud mempunyai maksud yang tersirat selain maksud yang tersurat.
3. Motif yang digunakan spt. motif awan larat atau ragam hias yang diambil dari unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.
4. Hasil ukiran Melayu dapat dilihat pada istana lama, rumah tradisional, masjid, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan harian.
5. Selain daripa itu hasil ukiran juga dapat dilihat pada:
a. Istana Kenangan, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak
b. Istana Balai Besar, Kedah
c. Istana Tengku Nik( Muzium Induk Negeri Terengganu)
d. Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan
e. Masjid kampung keling, Melaka
f. Rumah-rumah Melayu kayu di negeri Perlis, Melaka dan Johor
g. Masjid kampung Laut, Kota Bharu Kelantan.

Prinsip Ukiran
1. Sebagai pelengkap dan penyokongkepada sessuatu reka bentuk
2. Jenisnya ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaan
3. Motif perlu harmoni dengan persekitaran. Biasanya motif flora digunakan sbgai lambang keindahan persekitaran.
4. Penerapan falsafah dan kerohanian orang Melayu, disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.

Jenis-jenis ukiran
1. Ukiran Bunga timbul
-tidak tembus spt terdapat pada perabot, mimbar masjid dan panel
2. Ukiran Larik
-berbentuk bulat
-terdapat pada tiang rumah dan tiang pemegang tangga rumah tradisional
3. ukiran tebuk tembus
-dihasilkan pada sekeping papan yang ditebuk hingga tembus
-terbahagi kepada ukiran tanpa silat dan ukiran bersilat
-berfungsi sebagai hiasan dan pengalir udara tradisional , spt terdapat pada selasar( serambi) dan bahagian atas dinding rumah
4. Ukiran arca
-berbentuk tiga dimensi
-terdapat pada kepala keris, hulu senjata, senduk, kukur kelapa dan congkak
5. Ukiran Layang
-ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaan
-terdapat pada perabot almari, katil, bermotif ringkas dan menggunakan teknik guris di permukaan kayu.

POLA CORAK
- corak yang dipilih mengikut kesesuaian fungsi ukiran
-tiga jenis pola iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola lengkap



PERALATAN
1. Peralatan tradisional
2. Peralatan moden
Jenis Peralatan
1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan
2. ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu
3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar
4. tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir
5. gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan
6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis
7. daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir
8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran
9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki
10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki
11. Mesin gerudi- Menebuk lubang
12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut
13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.

BAHAN
1. Kayu yang jenis halus dan liat uratnya
2. Kayu yang tua dan benar2 kering
3. Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong
PEWARNA
1. Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yg. terdapat di pasaran
GAM
- Utk melekatkan papan dan kayu yang disambung
PROSES MENGUKIR
1. Penyediaan kayu
2. Mengukir
3. Kemasan

BENTUK SILAT
a. Silat leper c. Silat serong
b. Silat belah rotan d. Silat Minang kabau
e. Silat dada tuna

CORAK UKIRAN
Awan Larat a. Awan larat melayu asli
b. Awan larat Jawa
c. awan larat corak silang

Saturday, August 14, 2010

Khas Buat Anak Murid ku 5KAA,5B & 5E

Assalamualaikum ! lama juga saya tidak updates laman ni. Bukan apa sibuk sikit sejak kebelakangan ni. So pada anak2 murid cik gu sabar2lah ya! Insyaallah cik gu akan masukkan lagi tajuk2 nota yang belum ada. Apapun kepada murid2 tingkatan 5 yang akan mengambil SPM tak lama lagi jgn leka ya!. Tinggal berapa bulan aja. Periksa Percubaan juga tinggal berapa minggu . Banyak2lah buat ulangkaji dan praktis melukis dan mewarna untuk paper 2.Alhamdulillah paper 3 dah selesai. Tahniah semuanya lulus dengan kepujian. Bagi yang mendapat gred A cemerlang taniah dan teruskan usaha untuk paper 1 and 2 agar cemerlang juga. OK cukup untuk hari ni. Wasalam......

Saturday, July 24, 2010

Kekangan Masa.

salam semua terutamanya anak2 murid cik gu. Lama cikgu tak upload nota ya! Sabar2lah. Sekarang ni cik gu tengah sibuk dengan KRSV SPM. Bila dah selesai nanti cik gu upload nota sebelum Percubaan SPM dan PAT 2010. So sabar2lah dulu.

Tuesday, July 13, 2010

Berbicara sebentar

Salam semua.Agak lama juga tidak menjenguk laman ni. Bukan apa, cuma dlam minggu2 kebelakangan dan sehingga penghujung bulan Julai memang sedang sibuk menguruskan KRSV SPM 2010.Maklumlah .........setiap tahun situasi seperti sekarang memang dialami. Kalau setiap individu tahu akan tanggung-jawabnya, maka mudahlah kerja. tetapi dah menjadi sifat manusia suka buat kerja hingga saat akhir. Kalau tidak menyusahkan cik gu tak mengapa., tp sebaliknya. Walau apapun cik gu ucapkan syabas dan terima kasih pada anak murid cik gu yang dapat menghantar Folio dan artifak mereka pada tarikh yang ditetapkan. KEPADA YANG MASIH BELUM MENGHANTAR ,CEPAT2LAH YA!..................
UNTUK DIRI CIK GU DAN JUGA KEPADA PENGUNJUNG LAMAN INI, SESUNGGUHNYA MASA TIDAK MENUNGGU KITA.SESAAT KITA TERLEWAT KEMUNGKINAN KITA AKAN MENYESAL SEUMUR HIDUP. DARI ITU HARGAILAH MASA.

Tuesday, June 1, 2010

SENI HALUS-ARCA

Arca
Definasi
1. Karya seni halus dalam bentuk tiga dimensi(3D),yang menggabungkan semua unsur seni-jalinan,garisan, rupa, bentuk , ruang dan warna.
2. Dapat disentuh,rasa dan dilihat dari pelbagai sudut pandangan.

Sifat-sifat arca
1. Realis
- berbentuk seperti benda alam sebenar. Contoh patung manusia dan patung haiwan

2. Abstrak
- untuk memahami karya ini memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan kritis
- berbentuk konsepsual-contohnya Arca Link dan lunar Peak karya Syed Ahmad Jamal

Bahan
-bahan yang digunakan untuk membentuk arca seperti kayu, tembaga, tanah liat,marmar dan plaster of Paris.

JENIS-JENIS ARCA

1. Arca berfungsi
- rekaan tiga dimensi
- mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu
- arca terawal ciptaan manusia


2. Arca estetik
- untuk dihayati semata-mata
- bahan tatapan atau peragaan

Wednesday, May 19, 2010

KRAF TEMBIKAR

Sejarah Seni Tembikar
1. Telah wujud sejak zaman Neolitik
2. Dihasilkan secara primitif menggunakan tanah liat dari sungai yang dibentuk dan keringkan bawah cahaya matahari.
3. Tembikar primitif telah ditemui di Ulu Tembeling, Pahang, Gua Cha Kelantan dan kota Tinggi Johor.
4. Hiasan pada tembikar terhasil secara tidak sengaja , dari ikatan pada permukaan tanah liat.

Pengenalan
1. Hasil dari bahantara tanah liat
2. Dibentuk, dikeringkan dan dibakar pada suhu 1000̊̊C atau lebih
3. Berbentuk 3D dan mempunyai pelbagai fungsi



Contoh tembikar zaman Neolitik

Teknik membentuk tembikar
1. Teknik picit

Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.


2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan dilingkar membentuk tembikar

3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar.


4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar.


5. Teknik kepingan
Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk


TEKNIK PEMBAKAR CARA TRADISIONAL

Pembakaran labu Sayong (salai). Tembikar disalai di atas para selama 6 jam. Kemudian dibakar di dalam api yang marak


Pembakar cara Pulau Tiga
Tembikar diding pada unggun api hingga kering. Kemudian dimasukkan ke dalam bara api.

Jenis-jenis Tembikar.
1. Tembikar labu Sayong
-berasal dari Perak
-tidak bersepuh
-berfungsi sebagai bekas menyimpan air
-reka bentuk dari buah labu
-bewarna hitam terhasil dari pembakaran sekam padi

Bahagian Labu sayong

2.Tembikar Mambong
-Dari Kelantan
-Tidak bersepuh
-fungsi sebagai perkakasan dapur
-bewarna perang kemerahan

3.Tembikar Sarawak
-dari Sarawak
-bersepuh
-bewarna warna-warni
-fungsi sebagai pasu

Funsi peralatan.

1. Pengukir –mengukir permukaan atau membuang bahagian berlebihan pada tembikar


2. Penepik – Meratakan permukaan tembikar


3. Span-Melicinkan permukaan tembikar


4. Alat pengukur- Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis pusat tembikar


5. Pengguris- Mencorak permukaan tembikar


6. batu sungai- Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar


7. dawai pemotong- Memotong tanah liat yang telah diuli


8. penggelek- Meratakan tanah liat dalam bentuk kepingan


Alat pembakaran cara moden

Tanur kayu


Tanur raku

Tanur gas


Tanur elektrik

TEMBIKAR DIMENSI BARU
1. Pelbagai reka bentuk tembikar dan fungsi telah dihasilkan mengikut kehendak semasa bersesuaian dengan peredaran masa.
2. Antara produk tembikar trend terkini ialah
a. barang perhiasan diri- anting-anting, subang,loket, keronsang
b. Hiasan rumah- kaki lampu, pasu bunga, bekas serba guna
c. Keperluan dapur- set pinggan mangkuk


Tokoh-tokoh Tembikar
1. Puan Hasnah Adnan dan adiknya dari Sayong, Kuala Kangsar.
2. Puan sofia dari Kampung Kepala Bendang
3. Puan Hawa ngah Salam dan adik-beradiknya dari Kampung Baru, Pulau Tiga
4. Hajah Rogayah Saleh dari Pulau tiga, perak
5. Cik Siti Wan kembang dari KampungMambong, Kelantan
6. Ng Lee Huat dari Kuching,Sarawak
7. Mohd. Nooraini alang Othman(Nomadd) dari Kuala Kangsar, Perak.

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Hari ini di sekolahku telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Semua guru telah mengenakan seragam sekolah yang baru. Tapi ada juga yang tidak memakai seragam sekolah, termasuklah aku sendiri. Kami ada alasan sendiri kenapa tidak memakai pakaian seragam. Walaupun tidak memakai pakaian seragam , tapi kami memakai pakaian yang mempunyai tema ungu iaitu warna sekolah. Hari ini kami guru-guru diraikan oleh murid-murid SMKTD sendiri. Beberapa acara telah disediakan untuk kami. Seronok sungguh, terasa dihargai. Terima kasih murid-muridku.
Sesungguhnya ucapan dari kamu(murid)" SELAMAT HARI GURU", CIK GU ! memberikan pengertian yang amat besar bagiku yang bergelar guru.Jauh disudut hatiku sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana.

Pagi tadi jam 8.30pagi kami warga SMKTD telah menjalankan gotong-royong Perdana.Aku dan AJK Kelab Seni Kreatif telah bersama-sama membersihkan dan mengemaskan Studio Seni Kretif.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nampaklah tersusun sedikit studioku itu. Memandang studioku itu tak luas seperti mana sepatutnya. walau disusun dan dikemaspun masih nampak sempit dan berserabut.Apapun terpaksalah menerima seadanya.
Terima kasih cik gu ucapkan kepada semua AJK Kelab Seni Kreatif. Lain hari kita sama-sama menceriakan studio kita , apabila berpindah ke tingkat bawah, di mana sekarang ini merupakan bilik makmal komputer PIBG. Insaallah.

Tuesday, May 11, 2010

KALIGRAFI

KALIGRAFI
1.Dari perkataan Yunani bermaksud ‘ tulisan cantik’
2.Diperkenalkan sejak zaman Mesir Purba,Yunani Purba dan China Purba.
3.Pada zaman itu tulisan diukir atas batu atau kepingan buluh menggunakan alat tajam.
4.Kemudian buluh,bulu ayam dan berus digunakan untuk menulis di atas kulit kayu atau belulang.
5.Bila terciptanya kertas ,pelbagai jenis pendigunakan untuk menulis kaligrafi.
6.Pen manu skrip digunakan untuk menulis tulisan Rumi dan tulisan Khat.

Ciri-ciri
a Ketetapan
b Keseragaman
c Gerak bentuk sama
d Gaya huruf tertentu
e Susunan huruf teratur dan seimbang
f Hiasan pada huruf mempunyai gaya tertentu
g Kesan keselurahannya cantik dan berharmoni

Fungsi
A Kad ucapan
B kulit buku
C nama kedai atau syarikat
D kad menu dan sebagainya
E tajuk puisi atau sajak dan sebagainya
 
Jenis-jenis kaligrafi Rumi

Roman
a.corak pena tegak,tebal. Dan melintang nipis
b.rupa huruf mempunyai ‘ serif’- corak pena yang halus dan melengkung
c.‘serif’ ada dibahagian atas dan bawah setiap huruf
d.sesuai untuk meulis buku,atur cara,jemputan dan sebagainya


Gotik( Gothic)
a.seragam bagi garisan tegak dan melintang
b.tidak mempunyai ‘serif’
c.huruf jelas dan mudah dibaca
d.sesuai untuk menulis poster,pemberitahuan dan teks iklan


Italik
a.hurufnya condong ke kanan
b.huruf bergaya dan banyak variasi
c.popular dari dulu hingga sekarng
d.sesuai untuk kad ucapan, kad jemputan, dan sebagainya.


Teks.
a.rupa huruf pelbagai corak
b.hiasan yang lebat dan sukar dibaca
c.diguna untuk kad jemputan dan sampul buku kerana cirri-ciri estetik yang klasik menimbulkan gaya dan kecanggihan
d.tidak popular kerana tuisannya rumit dan sukar dibaca bagi orang yang tidak mahir atau tidak biasa.

JENIS KALIGRAFI KHAT

Kufi
a.pena tegak pendek dan garis lintang berjarak
b.huruf bersudut hampir berbentuk segi empat
c.kesan pergerakan yang dinamik
d.digunakan dalam istiadat dan upacara tertentu


Thuluth
*bermaksud satu pertiga
*jarang digunakan dalan akrip ayat-ayat Al-Quran
*digunakan untuk tajuk atau gelaran pada skrip hiasan
*sesuai diukir pada batu peringatan


Naskh ( Naskhii, Neshkhi)
*corak garis pena lintang pendek.garis tegak lurus sama jarak ke atas dan ke bawah
*lengkungan huruf dalam dan penuh. Hurufnya juga teratur
*sering dignakan dalam skrip ai=Quran


Dewani( Diwani,Divani)
*bentuk huruf terlalu kursif
*huruf tidak bertitik
*sambungan huruf tiada struktur tertentu


Parsi( Farisi,Farsi,Fasi)
*Corak pena tegak ke atas dan biasanya pendek
*bentuk huruf bujur hampir sama dengan huruf Naskh.
*Huruf besar dan berjarak
*Menimbulkan kesan yang stabil dan teratur
*digemari ramai kerana senang dibaca dan ditulis


Riqaah (Riqu’ah)
*hurufnya bulat sdan rapat dengan corak pena lintang yang pendek
*jarak huruf sangat jelas
*huruf yang akhir biasanya dikaitkan dengan huruf pertama pekataan berikutnya
*di kenali sebagai kaligrafi diraja abad ke 9 –untuk menulis nama dan gelaran raja
*paling popular di negeri Arab
*digunakan utk . surat kiriman

Teknik tulisan
‘ Faundational Hand’

*mata pena sebesar 30% -35
*jarak antara perkataan – saiz satu huruf ‘0’
*empat saiz mata pena untuk badan huruf
*dua saiz mata pena untuk kepala dan ekor
*tinggi mhuruf 6X saiz mata pena

Tulisan Italik

*sudut 45%
*badan huruf 5X saiz mata pena
*kepala dan ekor 3X mata pena
*besar huruf 8X mata pena

Tulisan Khat
*Tepat
*Padat
*Tuntas-setiap huruf diberi ukuran yang utuh dan lengkap
*Lancar
*Sempurna

Ciri-ciri Kaligrafi yang baik
*jenis huruf bersesuaian dengan tema
*sudut mata pen dalam jarak yang sama
*ruang atas,tengah dan bawah mengikut nisbah yang betul
*corak pena ditulis dengan tebal dan nipistepat dan seragam
*gaya huruf dan bentuk serupa
*huruf dan perkataan disusun untuk memudahkan pembacaan
*ruang antara huruf dan perkataan bersesuaian
*ilustrasi berharmoni dengan tulisan
*karya menarik-pilihan huruf,reka letak ilustrasi berkesan dan berkaitan dengan tema dan fungsi

Tokoh-tokoh
*popular di Kelantan, Terengganu dan Johor
*Syeikh Omar Basaree dari selangor
*Mohammed Yusuf Abu Bakar dar Kelantan
*Syed Abdu Rahman dari Johor
*Ahmad Khalid Yusof dari Kuala Lumpur

Monday, May 3, 2010

REKA BENTUK GRAFIK

POSTER
Reka bentuk Visual menggabungkan Imej, Warna dan perkataan.

FUNGSI
Menyampaikan mesej daripada gabungan idea

CIRI-CIRI POSTER
1. daya penarik yang dinamik
2. Warna yang berkesan
3. Muka taip yang keterbacaan
4. Lustrasi yang sesuai dengan tema
5. Cogan katadapat mempengaruhi pembaca
6. Mesej jelas dan mengandungi nilai-nilai moral
7. Gubahan asli dan unik

JENIS-JENIS POSTER
1. Dekoratif
2. Kreatif, abstrak, dan artistik
3. Perkhidmatan awam,
4. hiburan
5. Pameran, pertandingan, dan eksport
7. sukan
8. Iklan dan promosi
9. Media dan teknik percetakan

TEKNIK –TEKNIK PENGHASILAN POSTER
Teknik Lukisan


Teknik Catan


Teknik Campuran


Teknik Kolaj


Teknik Komputer


ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM POSTER


PROSES REKA BENTUK POSTER
1. Tentukan tema dan tajuk
2. Kumpulkan maklumat berkaitan dengan tema
3. Meneliti tujuan dan mesej yang hendak disampaikan
4. Menentukan tajuk, cogan kata, teks, serta jenis mukataip
5.Membuat beberapa lakaran kasar dan ilustrasi
6. Menentukan teknik
7. Memilih lakaran yang paling baik
8. Memilih skim warna dan mewarna
9. Kemasan