Tuesday, December 29, 2009

2009.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja tahun 2009 akan meninggalkan kita. Aku rasa terlalu cepat masa berlalu, dan ini menandakan cuti sekolah akan berakhir dalam beberapa hr . Segala kerenah anak muridku pada tahun 2009 telahpun aku hadapi, terutamanya murid2 tingkatan 5.
Walaubagaimanapun terasa kecut perut juga bila memikirkan keputusan SPM bagi m/p PSV yang bakal keluar pada tahun 2010 nanti. Tak tahulah berapa peratus akan di perolehi. Sejak tahun kebelakangan subjekku mencapai 100%. Tapi tahun ni blm tentu lagi. Minta2 biarlah kekal 100%. Insaallah.! Amin........

Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH

Ingatan untuk diriku dan teman2 pembaca blog.
Menurut kata Al-Ghazali yg jauh itu waktu, yg dekat itu mati, yg besar itu nafsu, yg berat itu amanah, yg. mudah itu berbuat dosa, yg indah itu mengingati mati. Semoga tahun ini akan membawa sejuta rahmat dan keberkatan untuk semua , dan semoga tahun ini akan bertambah keimanan dan ketaqwaan kita terhadap YG. MAHA ESA. Amin........

Tuesday, December 8, 2009

LUAHAN RASA....

Mata Pelajaran Seni Visual merupakan m/p elektif, di bawah Bidang Kemanusiaan. Bagi insan yang tidak megetahui tentang nilai komersial subjek ini ,merasakan subjek ini tidak mempunyai masa depan yang cerah. Untuk pengetahuan semua ,sekiranya subjek ini tidak ada masa depan yang cerah maka Kementerian Pelajaran tidak akan mewajibkan murid tingkatan Tng.1 hingga ting.3 untuk mempelajarinya dan untuk pengetahuan semua juga subjek ini sebenarnya merentasi kurikulum. Antara nilai murni yang dapat di terapkan melalui pengajaran dan pembelajaran ini ialah kesyukuran kepada Maha Pencipta Yang telah mencipta Alam semesta yang begitu indah melalui P&P Lukisan dan Catan. banyak lagi nilai murni yang boleh diperolehi melalui P&P subjek ini. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai ibu bapa ,malah ada segelintir golongan intelektual juga masih memandang remeh terhadap subjek ini( atau lain perkataan subjek ini tidak mempunyai apa2 keperluan dalam kehidupan harian).
Wahai insan yang masih belum sedar atau pura2 tidak sedar sesungguhnya tanpa anda sedari pengetahuan PENDIDIKAN SENI VISUAL TELAH ANDA GUNAKAN DALAM KEHIDUPAN ANDA SEMUA DAN AKAN ANDA GUNAKAN PENGETAHUAN ITU SEUMUR HIDUP ANDA!

Monday, November 30, 2009

Lama tak menulis

Dah lama tak buka blog. Jadi hari ini kebetulan dah cuti panjang maka baru teringat nak mencatatkan sesuatu kat dalam blog ni. Tapi tak ada idea pulak apa yang nak ditulis. Raya Aidil Adha baru saja berlalu. Kat Masjid Jalan Raba Korban lembu 12 ekor. Suami ku adalah salah seorang ajk yang terlibat dengan majlis korban dapatlah bahagian daging korban sedikit tulang.
Jadi semalam buatlah sup tulang dan daging korban. Kebetulan ipar pula datang kerumah jadi dapatlah mereka merasa sup tulang yang aku masak. Disebabkan semalam dah masak sakan maka hari ni makan nasi goreng ikan sadin. Ini disebabkan nasi semalam banyak tak habis , sayanglah kalau dibuang. Tak baik tau. Kat luar negara ramai yang tak cukup makan tp kita kat sini berlebih-lebih makanan. Kat luar negara ramai yang meninggal sebab tak cukup makan , kat sini pula yang meninggal disebabkan penyakit yang berlebih makan.Agaknyalah. Oklah mata ni dah rasa mengantuk. Sekarang ni cepat pula rasa mengantuk. Kalau zaman masa belajar dulu tidur lewat sampai kepagipun boleh tahan ,tp sekarang pukul sembilan lebih mata dah rasa kelat( bahasa daerah saya). He,He .....Ok Selamat malam .