Tuesday, December 8, 2009

LUAHAN RASA....

Mata Pelajaran Seni Visual merupakan m/p elektif, di bawah Bidang Kemanusiaan. Bagi insan yang tidak megetahui tentang nilai komersial subjek ini ,merasakan subjek ini tidak mempunyai masa depan yang cerah. Untuk pengetahuan semua ,sekiranya subjek ini tidak ada masa depan yang cerah maka Kementerian Pelajaran tidak akan mewajibkan murid tingkatan Tng.1 hingga ting.3 untuk mempelajarinya dan untuk pengetahuan semua juga subjek ini sebenarnya merentasi kurikulum. Antara nilai murni yang dapat di terapkan melalui pengajaran dan pembelajaran ini ialah kesyukuran kepada Maha Pencipta Yang telah mencipta Alam semesta yang begitu indah melalui P&P Lukisan dan Catan. banyak lagi nilai murni yang boleh diperolehi melalui P&P subjek ini. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai ibu bapa ,malah ada segelintir golongan intelektual juga masih memandang remeh terhadap subjek ini( atau lain perkataan subjek ini tidak mempunyai apa2 keperluan dalam kehidupan harian).
Wahai insan yang masih belum sedar atau pura2 tidak sedar sesungguhnya tanpa anda sedari pengetahuan PENDIDIKAN SENI VISUAL TELAH ANDA GUNAKAN DALAM KEHIDUPAN ANDA SEMUA DAN AKAN ANDA GUNAKAN PENGETAHUAN ITU SEUMUR HIDUP ANDA!

No comments:

Post a Comment