Thursday, April 22, 2010

REKA BENTUK GRAFIK

KOMUNIKASI VISUAL
REKA BENTUK GRAFIK

PENGENALAN
1. Proses penghasilan seni yang menggabungkan penggunaan teks dan grafik melalui gubahan logo, risalah, buletin, poster , papan itanda, komik dan pembungkusan.
2. Grafik berasal dari dua perkataan Greek iaitu Graphikus yang bermaksud lukisan atau catan, manakala Graphein bermaksud menulis atau melambang,
3. Bertujuan utk. memudahkan org ramai memahami sesuatu perkara berhubung dengan sesuatu maklumat
melibatkan proses penciptaan btk2 visual sbg bhgn komunikasi yang berkesan kpd pelanggan. Memerlukan kemahiran menyusun muka taip, reka letak dan ilustrasi
4. pereka grafik perlu memahami unsur seni dan prinsip rekaan utk menghasilkan ciptaan grafik yg. berkesan
5. Fungsi reka btk grafik
a. komunikasi
b. promosi
c. petunjuk
d. peringatan
e. arahan
f. keperluan korporat
6. Terdpt dua persembahan reka btk grafik-media cetak dan media elektronik
7. Reka btk media digital-video,filem, home page, multimedia
8. Dihasilkan dlm 2D dan 3D
9 Terbhg kpd 3
a. Reka btk korporat-logo, kepala surat, kad perniagaan
b. Pengiklanan-poster, papan iklan, kepala surat, risalah, grafik persekitaran
c. Ilustrasi- kulit majalah, risalah akhbar, buku

JENIS-JENIS REKA BENTUK GRAFIK;

Reka bentuk Pembungkusan berfungsi bagi memelihara dan memberi maklumat barangan dan mempromosi jualan.

Reka bentuk Pembungkusan.

Reka bentuk iklan -Poster, risalah dan papan iklan berfungsi bagi mempromosikan barangan, memberi peringatan, dan ketakterbacaan.

Reka bentuk iklan

Reka bentuk korporat –logo, kad nama, kapala surat, reka bentuk grafik pada kenderaan ataucenderamata,kelendar dan kad jemputan, berfungsi untuk perdagangan dan korporat.

Reka bentuk korporat.

Reka bentuk penerbitan umum.

Reka bentuk buku, kulit majalah dan setem berfungsi sebagai pemberi maklumat dan mempromosi barangan

Monday, April 19, 2010

LUKISAN

. Gambaran di atas permukaan rata
• Gabungan : Garisan dan ton warna

LAKARAN
• Merupakan sebahagian persembahan imej
• Bersifat spontan


ALATAN DAN BAHAN
• Pensel
• Arang
• Krayon
• Perisian Komputer
• Pen
• Dakwat
• Pensel warna
• Kapur
• Pastel

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN
1. TEKNIK GARISAN-Alatan: Pen / Pen teknikal
• Garisan silang
• Garisaan selari
• Garisan Beralun
• Garisan menyilang tak menentu
• Garisan Kontur

2. Teknik gosokan: Alatan Arang/ Pensel

3. Teknik contengan . Alatan : Pensel,Pen celup/Pen teknikal

4. Teknik Lorekan. Alatan : Pensel, Arang, Pen celup, Pen Manuskrip, atau berus

5. Teknik titik. Alatan : Pen Teknikal

6. Teknik campuran. Alatan: Berus, Dakwat, pen dan cat air

PERBEZAAN ANTARA LUKISAN DAN CATAN
LUKISAN
• Hasil seni 2D
• Guna media kering : pen, pensel, pastel, krayon

Sunday, April 18, 2010

ASAS SENI REKA

Asas Seni Reka terbahagi kepada 2 elemen iaitu:
1. Unsur Seni:
-Warna
-Garisan
-Bentuk
-Jalinan
-Rupa
-Ruang

2. Prinsip Rekaan
-Kepelbagaian
-Kesatuan
-Kontra
-Penegasan
-Pergerakan dan irama
-Harmoni
-Imbangan

Gabungan kedua-dua elemen ini akan menghasilkan karya Seni Visual yang berkesan dan sempurna.

Saturday, April 17, 2010

FORMAT PEPERIKSAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSM.

Terbahagi kepada tiga kertas iaitu :
1. Kertas 1(2611/1): Teori Pendidikan Seni Visual.
Bilangan Soalan : 50 aneka pilihan dan aneka pelengkap( Jawab semua ).
Masa 1 jam 15 minit.
Markah 50.
Wajaran(%)25. Soalan yang dikemukakan menguji pengetahuan dan kefahaman calon
dalam Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
2. Kertas 2(2611/2): Seni Halus .
Bilangan Soalan: 6 soalan amali( jawab satu soalan sahaja)
Masa 3jam.
Markah 50.
Wajaran(%) 25. Soalan yang dikemukakan menguji pengertahuan, kemahiran dan nilai
calon dalam bidang SeniHalus( Lukisan dan Catan).
3. Kertas 3: Kajian Rekaan Seni Visual(KRSV)
Bilangan soalan 9(jawab satu soalan sahaja).
Masa 7 bulan.
Markah 100.
Wajaran 50.
Soalan yang dikemukakan menguji pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai calon dalam bidang komunikasi Visual, kraf, Reka Bentuk Grafik Persekitaran dan Seni Halus (Cetakan dan Arca). Calon dikehendaki menyediakan folio dan artifak.

Tuesday, April 6, 2010

Mesyuarat guru2 tingkatan 5

Hari ini berlangsung mesyuarat guru2 ting. 5 . Ada beberapa agenda yang dibincangkan. Antaranya ialah target Gred Purata 3.77 untuk SPM 2010. Aduhai....berat betul tanggungjawab tu. Dan sebagai penyelaras tingkatan 5 aku ditugaskan untuk merancang beberapa program dan jadual untuk semua matapelajaran bagi pelajar SPM 2010. Hai !..bertambahlah tugas aku. Tugas yang adapun belum selesai.Walau apapun aku mesti berfikiran positif dan relax , insaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Apa yang ku harapkan agar kesihatan ku akan sentiasa sihat walaupun sekarang ni kesihatan ku tidaklah begitu baik.Harap2 ianya tidak berlarutan . Yaalllah berikanlah aku kekuatan dan kesabaran serta kesihatan yang baik untukku menyempurnakan tanggungjawabku terhadap anak didikku dan sekolah ku. Amin!.................