Thursday, August 19, 2010

Ukiran Kayu

Pengenalan.
1. Merupakan satu seni ukiran tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka.
2. Termasuk dalam seni Mukaddas yang bermaksud mempunyai maksud yang tersirat selain maksud yang tersurat.
3. Motif yang digunakan spt. motif awan larat atau ragam hias yang diambil dari unsur-unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.
4. Hasil ukiran Melayu dapat dilihat pada istana lama, rumah tradisional, masjid, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan harian.
5. Selain daripa itu hasil ukiran juga dapat dilihat pada:
a. Istana Kenangan, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak
b. Istana Balai Besar, Kedah
c. Istana Tengku Nik( Muzium Induk Negeri Terengganu)
d. Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan
e. Masjid kampung keling, Melaka
f. Rumah-rumah Melayu kayu di negeri Perlis, Melaka dan Johor
g. Masjid kampung Laut, Kota Bharu Kelantan.

Prinsip Ukiran
1. Sebagai pelengkap dan penyokongkepada sessuatu reka bentuk
2. Jenisnya ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaan
3. Motif perlu harmoni dengan persekitaran. Biasanya motif flora digunakan sbgai lambang keindahan persekitaran.
4. Penerapan falsafah dan kerohanian orang Melayu, disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.

Jenis-jenis ukiran
1. Ukiran Bunga timbul
-tidak tembus spt terdapat pada perabot, mimbar masjid dan panel
2. Ukiran Larik
-berbentuk bulat
-terdapat pada tiang rumah dan tiang pemegang tangga rumah tradisional
3. ukiran tebuk tembus
-dihasilkan pada sekeping papan yang ditebuk hingga tembus
-terbahagi kepada ukiran tanpa silat dan ukiran bersilat
-berfungsi sebagai hiasan dan pengalir udara tradisional , spt terdapat pada selasar( serambi) dan bahagian atas dinding rumah
4. Ukiran arca
-berbentuk tiga dimensi
-terdapat pada kepala keris, hulu senjata, senduk, kukur kelapa dan congkak
5. Ukiran Layang
-ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaan
-terdapat pada perabot almari, katil, bermotif ringkas dan menggunakan teknik guris di permukaan kayu.

POLA CORAK
- corak yang dipilih mengikut kesesuaian fungsi ukiran
-tiga jenis pola iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola lengkap



PERALATAN
1. Peralatan tradisional
2. Peralatan moden
Jenis Peralatan
1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan
2. ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu
3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar
4. tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir
5. gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan
6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis
7. daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir
8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran
9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki
10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki
11. Mesin gerudi- Menebuk lubang
12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut
13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.

BAHAN
1. Kayu yang jenis halus dan liat uratnya
2. Kayu yang tua dan benar2 kering
3. Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong
PEWARNA
1. Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yg. terdapat di pasaran
GAM
- Utk melekatkan papan dan kayu yang disambung
PROSES MENGUKIR
1. Penyediaan kayu
2. Mengukir
3. Kemasan

BENTUK SILAT
a. Silat leper c. Silat serong
b. Silat belah rotan d. Silat Minang kabau
e. Silat dada tuna

CORAK UKIRAN
Awan Larat a. Awan larat melayu asli
b. Awan larat Jawa
c. awan larat corak silang

11 comments:

  1. Salam pn. zainab.. berguna buat rujukan psv... tq

    ReplyDelete
  2. assalam Pn Zainab,,saya minta izin copy gambar di blog puan untuk tugasan saya..tQVM

    ReplyDelete
  3. Untuk ukiran kayu dari Jepara, bisa dilihat macam alat ukirnya di www.alatukir.com

    ReplyDelete
  4. salam,amat berguna untuk dibuat rujukan..mohon untuk menyalin gambar.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. tumpang tanya,proses untuk ukiran modern sama ke dengan proses ukiran tradisional?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikom saya mohon utk salin article dan gambar ini ..bagaimana sy nak hubongi puan...sy bertugas dgn Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis khas utk product kayu jati Jati Mas Perlis

      Delete
  6. Assalamualaikum nak tanya kenapa kayu yang tua dan kering dipilih untuk menghasilkan ukiran?

    ReplyDelete
  7. Izinkan sy untuk mengambil mklumat blog ini sebagai bahan persembahan sya. Terima kasih.

    ReplyDelete