Pada hari Khamis yang baru lalu, kertas seni visual tingkatan 3 telah bermula. Hujung minggu ni mulalah menanda. Dah siappun menanda 3 kelas kertas 2. Keputusannya amat mengecewakan. Itulah ya, kalau subjek yang tidak masuk periksa diajar macamana baguspun tetap dipandang remeh dan tidak diberikan perhatian. Akhirnya bila mendapat keputusan menyakitkan hati cik gu. Yang paling sedih, murid yang bila naik tingkatan empat nanti
mahu atau tidak mahu kena juga ambil subjek ni untuk SPM. Paling sedih lagi kesemua murid itu sebangsa dan seagama. Bilalah anak bangsaku ini nak sedar.Motivasi dan kata-kata nasihat tidak pernah putus dari mulut cik gu. Tapi sikap murid tetap sama tidak berubah. Bilalah nak berubah....Nak tunggu bila keputusan SPM keluar , dan lihat rakan-rakan yang berjaya ke menara gading baru nak sedar dan insaf. Sudah terlambat..........
No comments:
Post a Comment