Sunday, May 22, 2011

Minggu peperiksaan.

Pada hari Khamis yang baru lalu, kertas seni visual tingkatan 3 telah bermula. Hujung minggu ni mulalah menanda. Dah siappun menanda 3 kelas kertas 2. Keputusannya amat mengecewakan. Itulah ya, kalau subjek yang tidak masuk periksa diajar macamana baguspun tetap dipandang remeh dan tidak diberikan perhatian. Akhirnya bila mendapat keputusan menyakitkan hati cik gu. Yang paling sedih, murid yang bila naik tingkatan empat nanti
mahu atau tidak mahu kena juga ambil subjek ni untuk SPM. Paling sedih lagi kesemua murid itu sebangsa dan seagama. Bilalah anak bangsaku ini nak sedar.Motivasi dan kata-kata nasihat tidak pernah putus dari mulut cik gu. Tapi sikap murid tetap sama tidak berubah. Bilalah nak berubah....Nak tunggu bila keputusan SPM keluar , dan lihat rakan-rakan yang berjaya ke menara gading baru nak sedar dan insaf. Sudah terlambat..........

Saturday, May 7, 2011

Perkembangan Seni di Malaysia.

Seni dalam budaya lain.
Zaman Renaisance merupakan zaman pembeharuan di Eropah.
Aliran –aliran seni:
a. Neo Klasisme-bertemakan sejarahdan hakayat Yunanidan Roman.
b. Romantisme-mementingkan idea kebebasan , keadilan kesamaan-tokoh nya FranciscodeGoya dan Eugene Delacroix.
c. Realisme-berkait dengan pengalaman dan pengamatan, dan tidak dipengaruhi oleh emosi.











d. Aliran impresionisme-penekanan kepada cahaya dan wrna pelangi- bertemakan kepada aktivitisosial-tokohnya Piscaso, Claude Monet
Contoh catan impresionisme










e. Aliran Post Impressionisme- menggunakan warna simbolik dan terang bagi menghasilkan warna ilusi.-tokoh Vincent van Gogh dan Geogea seurat
f. Aliran Ekspresionisme-Contoh catan












g. Seni pop-menggunakan teknik cetakan saring dan bertujuan untuk promosi

h. SeniOp-berbentuk geometri dan grafik- menekankanfungsi cahaya dan warna


i. Aliran Kubisme-bersifat penerokaan moden dan akademik-tokohnya Pablo Picasso, George Braque.Contoh catan



j. Contoh catan surelisme












Seni Pribumi
Merupakan seni kraf orang asli.
Antara barang-barang yangdihasilkan –kelengkapan domestik drpd buluh, rotan, kulit kayu, nipah, dan sebagainya. Alatan memasak seperti bakul, bekas air dan tikar, alat muzik seperti rabana, gendang, gong dan sebagainya serta alatan buruan seperti sumpit, jerat dan perangkap.

Alatan permainan tradisional
Gasing-diperbuat daripada kayu keras-jenis gasing seperti gasing leper, merebaang, jantung, tunjang, telur dan jamb-gasing pangkah dan gasing permainan

Wau-alat permainan tradisional
-wau untuk pertandingan, wau hiasan dan wau dinding
-bentuk wau- wau bulan, wau payung, wau burung
-dibuat daripada buluh betong, talibusul, daun pokok mulon, pokok pinang dan kertas lut sinar

Senjata
Keris senjata yang terkenal dikalangan orang Melayu
Jenis-jenis keris:
a. keris perkaka atau keris tunjang-hulunya daripada tanduk, kayu atau perak dan diukir , matanya panjang, lurus dan berlok serta dipakai dibelakang
b. Keris panjang-hulunya daripada tanduk, kayu atau perak dan diukir.
c. Keris bali-hulunya aripada gadingatau kayu yang dihiasi dengan permata, bentuknyabesar dan panjang
d. Keris Madura-hulunya daripada gading bermoitfkan bunga, sarungnya daripada kayu dan matanya mempunyai pamor bercorak
e. Keris sundang- hulunya daraipada kayu, matanya panjang, tebal dan lebar

Bahagian pada keris












Senjata lain
badek-bentuknya pendek, guna untuk menikam
Kerambit-hulu daripada kayundan tanduk, matanya runcing dan tajam
Lembing-daripa besi yang panjang dan matanya tirus dan ,rata dan licin.
Parang-hulu dan sarungnya daripada tanduk kerbau, kayu tau buluh, digunakan untukmemotong, menebang, membelah dan melapah.

Tokoh seni Tanah Air.
1. Ahmad Khalid Yusof.
-menggunakan elemen tulisan jawi dalam hasil seninya
-menyatukan seni sastera dan seni lukis
-menggunakan tema agama Islam, budaya tempatan dan keindahan alam

2. Syed Ahmad Jamal.
-pelopor aliran ekspresionisme abstrak Malaysia
-beranggapan seni mempunyai kewujudan, mistik dan makna tersendiri.
-menghasilkan seni catan, arca dan seorang penulis

3. Mohamed Hoessein Enas
-karyanya menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan
-aliran realistik dan narurallistik
-catan bermesejkan budaya
-menggunakan media pastel dan cat minyak

Tokoh Kraf
1. Haji Yusoff bin Haji Abdullah
-tokoh kraf batik
-lahir di Kota Baharu pada 1928.
-menggabungkan unsur grafik dan fotografi dalam hasil karya
-perbah menjadi tenaga pengajar dan terlibat dalam pelbagai pameran

2. Zamari@Zamri bin Pandak Ahmad-tokoh karaf Tembikar
-lahirpada tahun 9142 di Kuala Kangsar perak
-mewarisi kemahiran daripada datuknya
-mahir dengan teknik picitan, lemparan , lingkaran dan acuan

Alat muzik tradisional
1. Aerofon-alat muzik jenis serunai, seruling dan terompet:
2. Serunai Melayu-daripada kayu merbau, nangka atau lada
-untuk tarian asyik,wayang kulit dan menora
3. Serunai padi-daripada batang padi dan untuk hiburan
4. Serunai pelbagai etnik-engkerai daripada buluh
-digunakan oleh kaum Iban,
-kungruvak-daripada batang padi
-sompoton daripada buluh, popular di kalangan masyarakat Kadazan dan Dusun