Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010

Hari ini tamatlah penantian murid-muridku yang menduduki SPM 2010. Bukan sahaja murid cik gupun sama berdebar-debar menanti keputusan keluar. Setakat hari ini subjekku, yang aku ketahui 4 calon mendapat Gred A.Memanglah aku tidak mengharapkan ramai yang dapat gred A. Klu dapat lebih dari 5 orang itu dah kira ramailah tu.Itupun disebabkan tahun 2010 terdapat murid yang sememangnya berbakat dan berkebolehan dari kelas Sains. Kalau nak di harapkan dari kelas sastera susahlah sikit. Walaupun orang menganggap PSV ni mudah , tp bukan senang nak dapat cemerlang. Kalau nak dapat setakat gred C atau B agak senanglah. Itupun kalau tak berusaha bersungguh-sungguhpun payah nak dapat.Hanya guru yang mengajar subjek ini sahaja yang tahu senang atau susah. Kadang nak aja aku menjawab pada mereka yang berkata PSV tu senang, cubalah mengajar sendiri, baru tahu susah atau senang. Kalau setakat mengajar teori mungkin senanglah ., Tapi cuba ajar melukis dan mewarna , silap-silap menangislah nanti kalau tak tahu. masa tu baru dia tahu senang ke susah..

No comments:

Post a Comment