Tuesday, March 29, 2011

Reka Bentuk Hiasan Dalaman

1. Merupakan satu perancangan dan penyusunan untuk menghias ruang dalaman dengan mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan tabiat pengguna.

2. Terdapat beberapa unsur asas dalam reka bentuk hiasan dalaman seperti tiang,dinding, siling,lantai dan atap.

3. Perkara penting dalam hiasan dalaman ialah
aRuang seperti bilik bacaan, dapur,bilik tidur, bilik air,ruang tamu,anjung,dan ruang makan.
b. Ruang awam/ komersial seperti bank, hotel,ruang pejabat,ruang legar,restoran dan sebagainya.

4. Elemen=-elemen asas dalam reka bentuk hiasan dalaman:
i.Ruang-faktor yang penting dalam mewujudkan suasana selesa dan sempurna.
-dilihat dari aspek bentuk, saiz, jenis perabot, warna dan susunan hendaklah bersesuaian dengan ruang.
ii.Peredaran udara-berkait rapat dengan pemilihan saiz tingkap, susunan perabot, kedudukan pintu dan kekisi.
iii.Perabot-jenis dan susunan perabot , saiz mengikut ruang yang dimiliki.
iv.Pencahayaan yang baik- menimbulkan suasana yang terang , memberi keceriaan dan keselesaan.Cahaya didapati dari sinaran matahari dan letrik. Cermin juga boleh digunakan untuk tujuan ini.
v.Warna-penting untuk mempengaruhi suasana ruang. Pemilihan warna cerah memberi kesan luas dan warna yang gelap menjadikan ruang sempit.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment