Tuesday, April 26, 2011

Kraf Batik












SEJARAH BATIK DI MALAYSIA
i. Sudah mula dikenali di Malaysia sejak kurun ke 15.
ii. Batik berasal daripada perkataan jawa ‘ambatik’ yang membawa maksud titik-titik lilin sebagai resis untuk menimbulkan kesan corak bila disapukan warna.
iii. Dipercayaai batik dibawa masuk ke Malaysia oleh pedagang-pedagang jawa melalui Kelantan dan Terengganu.

JENIS-JENIS BATIK
a. BATIK BLOK
b. BATIK PELANGI
c. BATIK LUKIS
d. BATIK SKRIN

BATIK BLOK
Dikenali juga dengan batik terap atau batik cap.
Blok penerap dinamakan ‘sarang’ diperbuat daripada bahan keluli.
Meja pengecap dilapik dengan span, kain guni dan kulit batang pisang yang telah diproses dalam rendaman air garam selama 12 jam
Bahan lain yang digunakan dalam proses batik blok seperti paraffin dan rosin.
Kawah tempat memasak campuran lilin.
PROSES BATIK BLOK




















BATIK PELANGI
Mempunyai corak berwarna warni dengan pecahan warna seperti pelangi.
Proses penghasilan batik pelangi melalui ikat dan celup dalam larutan warna.
Batik pelangi dihasilkan tidak menggunakan lilin. Batik ini telah diperkenalkan Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808)
Kain batik pelangi biasanya digunakan sebagai tudung atau kain selempang dan digunakan oleh inang dan dayang istana pada zaman dahulu. Hari ini batik pelangi dijadikan pakaian biasa.

BATIK LUKIS
Batik lukis dikenali juga dengan panggilan batik canting atau batik tulis.
Canting digunakan untuk melakarkan imej atau motif pada kain dan secara langsung menjadi penghalang warna daripada memasuki bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki.
Warna yang digunakan dalam batik lukis ini ialah remazol atau primazin.
Hari ini, teknik yang sama digunakan untuk menghasilkan lukisan batik.
Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan batik lukis
PROSES BATIK LUKIS




















BATIK SKRIN
Batik skrin, merupakan proses membatik dengan menggunakan kaedah cetakan skrin.
Cetakan skrin yang digunakan dalam industri batik ialah cetakan foto silk skrin.
Cetakan mudah biasanya menggunakan profilem atau leker
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAIN BATIK

No comments:

Post a Comment