Tuesday, April 26, 2011

SENI HALUS-CATAN TINGKATAN 4

CATAN.
1. Hasil seni visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan media basah. Penggunaan warna dan berus ditekankan dalam hasilan ini.
2. Melalui catan sesaorang pelukis boleh meluahkan perasaan dan merakankan gambaran fikiran melalui imej visual yang diterjemahkan bentuk nyata atau abstrak.
3. Media basah ialah bahan mewarna yang memerlukan pelarut seperti air atau minyak sebagai bahantara.
4. Aspek lukisan,gubahan,nilai ,warna dan teknik perlu ditekankan bagi hasil seni visual yang bermutu.
5. Nilai(value) merupakan perbezaan antara ton cerah, ton sederhana dan ton gelap dalam catan.Nilai dipengaruhi oleh pencahayaan dan ruang.
6. Lut sinar merujuk kepada warna yang cair dan nipis.
7. Legap ialah penggunaan warna yang tebal.
8. Impasto merupakan teknik palitan warna yang tebal spt cat minyak.
9. Glazing teknik sapuan warna yang bertindih secara lembut, licin menampakan kilauan..
10. Titik menggunakan berus untuk membentuk titik-titik warna secara tindihan.
11. Hard Edge merupakan teknik yang menggunakan masking tape untuk memisahkan warna di mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.
12. Alla prima merupakan teknik cat minyak terus dari tiub dengan sekali sapu.
13. Chiaroscuro ialah teknik penghasilan kesan terang dan gelap dengan memfokuskan pada cahaya dan bayangan pada objek yang digambarkan dan sekitarnya. Cahaya dan bayang dapat menimbulkan kasan drastik.
14. Cat air boleh didapati dalam bentuk tiub dan kek.
15. Kesan lut sinar merupakan keistemewaan cat air dan penggunaan berus jenis lembut adalah sesuai.
16. Sapuan warna yang cair dan nipis mampu menghasilkan kesan lut sinar.
17. Penggunaan bahan dan alatan seperti jenis kertas, warna, dan berus mampu menentukan kualiti hasil catan.
18. Teknik basah atas basah akan menghasilkan kesan lut sinar. Teknik paling istimewa dan dramatik. Dan paling sukar dikawal sapuan warnanya.
19. Teknik basah atas kering merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis media dan senang dikawal dari segi sapuan warna. Dapat menghasilkan kesan lut sinar.

20. Kering atas basah .Kertas dibasahkan kemudian dengan menggunakan warna terus dari tiub sapukan ke atas kertas yang telah di basahkan.

21. Kering atas kering memberikan kesan legap yang menimbulkan jalinan.

No comments:

Post a Comment