Tuesday, April 26, 2011

PEMBUNGKUSAN

1. Merupakan bekas atau tempat untuk menyimpan kandungan sesuatu barangan.

2. Terdapat 2 jenis pembungkusan:
i. Tradisional-daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun pandan, mengkuang, daun ketapang,daun kelapa, buluh, daun getah dan sebagainya.
ii. Moden- kertas, aluminium,kaca, plastik, polisterin dan sebagainya.

3. Fungsi pembungkusan:
a. Memelihara kebersihan makan
b. Mudah untuk dibawa
c. Memelihara kualiti/keselamatan barangan
d. Memudahkan penyimpanan
e. Memberi maklumat kepada pengguna
f. Sebagai daya tarikan

4. Ciri-ciri maklumat pada pembungkusan makanan:
a. keterangan tentang ramuan
b. jenama
c. gambar produk
d. berat kandungan
e. tarikh luput
f. logo, nama, dan alamat syarikat pembuat
g. harga barangan

5. Pembungkusan bukan makanan:
a. senarai bahan
b. keterangan tentang cara penggunaan dan pemeliharaan
c. berat bersih
d. tarikh buatan dan tarikh luput
e. jenama dan ilustrasi
f. amaran jika bahan mengandungi racun
g. logo, nama syarikat, dan alamat pengeluar barangan
h. harga barangan

6. Bagi barangan elektrik, tanda yang penting seperti maklumat elektrik dan kuasa watt perlu ditunjukkan.

7. Pembungkusan alat permainan kanak-kanak mesti mempunyai maklumat had umur,ilustrasi cara pemasangan dan cara permainan serta simbol MC.

8. Jenis Pembungkusan
i. Barangan lembut atau serbuk:
a. Pembungkus kertas
b. Pembungkus plastik
c. Beg kertas
d. Beg plastik
ii. Baranga keras.
a. Kotak kad bod
b. Kotak logam
c. Kotak plastik
d. Kotak kayu
iii. Barangan cecair:
a. Botol kaca/plastik keras
b. Kertas timah
c. Bekas tin
d. tin aluminium
iv. Barangan krin atau pelekat:
a. botol kaca/ plastik
b. kertas timah
c. Pembungkus plastik
d. Bekas tin

9. Elemen penting dalam penghasilan pembungkusan.
a. Warna-melambangkan identiti sesuatu barangan
b. Ilustrasi-sesuai dengan produk
c. Mukataip-dijadikan logo atau simbol produk
d. Penerangan-berkaitan dengan produk
e. Logo syarikat, nama dan alamat
f. Bentuk pembungkusan- sesuai dengan barangan atau produk
g. Reka letak- kemas dan menarik, daan maklumat utama perlu diletakkan di bahagian hadapan
h. Kemasan dan persembahan

2 comments: